Dasar ini, seperti yang ditentukan berikut adalah dasar privasi kami yang menerangkan bagaimana Kensington Trust Group mengumpul, mengguna dan mendedahkan maklumat peribadi yang tertentu melalui laman web awam kami di www.kensington-trust.com ("Laman Web") dan sumber yang lain. Bagi tujuan Dasar ini, “Kensington Trust Group” termasuk Kensington Trust Labuan Limited dan Kensington Corporate Services (Malaysia) Sdn. Bhd. dan syarikat-syarikat subsidiari, syarikat-syarikat bersekutu dan/atau syarikat-syarikat berkaitan yang mungkin ditubuhkan dari masa ke semasa.


Sumber data peribadi anda
Pendaftaran tidak dikehendaki untuk pengunaan Laman Web kami. Sekiranya anda hanya seorang pelawat, kami tidak akan mengumpul sebarang maklumat peribadi mengenai anda. Walaubagaimanapun, itu mungkin berlaku sekiranya anda memilih mendaftar untuk menerima apa-apa perkembangan dan perubahan terkini daripada kami atau ingin menghantar petanyaan atau maklum balas kepada kami.

Data peribadi anda mungkin dikumpulkan daripada pelbagai sumber, termasuk maklumat yang dibekalkan oleh anda kepada kami dalam borang permohonan atau yang lain-lain, maklumat daripada pihak ketiga, maklumat dalam domain awam, rangkaian sosial, seminar dan hubungan peribadi dari kakitangan. Kami juga boleh mengesahkan atau mendapatkan sumber maklumat peribadi berkenaan anda dari sumber pihak ketiga (awam dan swasta) seperti ‘world check’, kredit biro, agensi laporan kredit, Suruhanjaya Syarikat, Jabatan Insolvensi, wakil sah, persatuan indistri / kewangan yang berkaitan dan rangkaian sosial.


Data Peribadi yang Diproses oleh kami
Data tersebut termasuklah nama anda, perkejaan, nombor kad pengenalan atau pasport, bangsa atau asal etnik, kewarganegaraan, alamat kediaman dan perniagaan, nama syarikat, nombor telefon dan fax, alamat e-mel, maklumat kekayaan dan data peribadi yang lain yang diperlukan untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di bawah. Dalam beberapa keadaan, kami mungkin meminta resume atau kurikulum vitae anda yang mengandungi pengalaman pekerjaan anda, kelayakan akademik, keahlian profesional dan lain-lain rujukan.

Kami tidak akan dengan sengaja mengumpul sebarang data peribadi sensitif daripada anda melainkan jika diperlukan oleh undang-undang atau peraturan, contohnya untuk tujuan pangambilan pekerja. Data peribadi sensitif termasuk tetapi tidak terhad kepada data peribadi berkenaan informasi kesihatan fizikal atau mental, pendapat berkenaan politik, kepercayaan agama atau kepercayaan lain berbentuk serupa dan perbuatan atau mengatakan perbuatan melakukan kesalahan.

Maklumat data peribadi sebegini akan dirahsiakan (atau disimpan secara sulit). Kami tidak akan berkongsi maklumat anda dengan parti ketiga untuk tujuan komersial melainkan anda telah memberikan kami kebenaran terlebih dahulu ataupun pendedahan tersebut adalah dalam linkungan yang dibenarkan berdasarkan undang-undang/garis-garis panduan kini. Kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah bagi melindungi kerahsian maklumat anda dan melindungi privasi anda.


Pengunaan Maklumat dan Tujuan
Kensington Trust Group mengumpul, memproses dan mengekalkan data peribadi anda yang perlu bagi melaksanakan fungsinya dan aktiviti-aktiviti yang mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada berikut:



Jika anda menerima e-mel pemasaran daripada Kensington Trust Group, anda akan diberi pilihan automatik untuk memilih keluar (berhenti komunikasi) daripada komunikasi yang tertentu atau daripada sebarang e-mel pemasaran atau promosi yang dihantar oleh kami. Sila mengikuti arahan dalam e-mel yang diterima oleh anda.


Pendedahan Maklumat
Kensington Trust Group mungkin berkongsi maklumat peribadi anda di kalangan syarikat-syarikat di dalam Kensington Trust Group, rangkaian kami, pembekal perkhidmatan parti ketiga, agen-agen dilantik oleh kami untuk bertindak bagi pihak kami, bank-bank atau institusi kewangan atau parti ketiga yang lain bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas. Dalam keadaan yang terhad, kami juga mendedahkan maklumat peribadi kepada pihak berkuasa, agensi-agensi kerajaan, polis, badan-badan penguatkuasaan undang-undang, mahkamah, dan mana-mana pihak atau badan di mana kami dikehendaki oleh undang-undang untuk mendedahkan termasuk Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan atau berkaitan dengan perintah atau pengadilan mahkamah. Kami juga mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda kepada penasihat-penasihat professional dan konsultant-konsultant termasuk tetapi tidak terhad kepada peguam, akauntan, juruaudit dan syarikat insuran bagi keperluan untuk mengetahui dasar bagi tujuan pemberian perkhidmatan oleh mereka dan/atau nasihat kepada kami.

Semua pendedahan ini mungkin melibatkan pemindahan maklumat peribadi ke negara-negara atau kawasan-kawasan tanpa peraturan perlindungan data yang serupa dengan apa yang sedia ada di kawasan kediaman anda. Dengan pemberian maklumat peribadi anda kepada kami, anda mewakili dan janji bahawa anda telah mempunyai atau mempunyai persetujuan atas pendedahan yang telah dinyatakan di atas atau berhak untuk menyediakan maklumat tersebut kepada kami.


Langkah-langkah keselamatan
Kensington Trust Group menyediakan langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang berpatutan dengan standard perdagangan untuk melindungi keselamatan maklumat peribadi anda terhadap kemusnahan, penyalahgunaan akses yang tidak dibenarkan, pendedahan atau pengubahan.


Pautan ke Laman Web Lain
Amalan privasi yang telah ditetapkan dalam dasar ini adalah untuk Laman Web kami sahaja. Laman Web ini mungkin mengandungi pautan ke laman web-web lain. Kesington Trust Group tidak bertanggungjawab terhadap amalan privasi atau kandungan untuk laman web-web tersebut. Jika anda sambung atau melayari laman web-web lain, sila mengkaji dasar privasi yang dinyatakan dalam laman web-web berkenaan.

 

Cookies dan penjejakan pasif
"Cookie" merupakan suatu elemen data yang boleh dihantar kepada laman pelayar anda. Laman layar anda kemudian mungkin menyimpannya di dalam sistem anda mengikuti pilihan yang telah anda tentukan atas laman layar anda. Cookies mengumpul maklumat mengenai sistem operasi tetapi tidak terhad kepada jenis laman layar, dan alamat internet protokol (IP). Laman Web Kesington Trust Group menggunakan maklumat ini untuk menganalisis trafik atas laman web kami, dan untuk memberi anda perkhidmatan yang lebih baik apabila anda kembali ke laman web kami. Kami tidak mempunyai niat untuk menggunakan maklumat tersebut untuk mengenal pasti seseorang pengguna. Anda mempunyai pilihan untuk menkonfigurasi laman layar internet anda untuk memberitahu anda apabila anda menerima sesuatu cookie, memberi anda peluang untuk memutuskan sama ada menerima atau tidak. Tambahan pula anda mempunyai pilihan untuk blok segala cookies. Sila mengambil perhatian, walaubagaimanapun, jika anda menolak atau sebaliknya blok cookies, anda mungkin tidak dapat menggunakan semua fungsi-fungsi yang ada di laman web kami.
 

Platform Media Sosial
Anda mungkin ingin mengambil bahagian dalam pelbagai blog, forum, wiki dan platform media sosial yang lain yang dianjurkan oleh Kensington Trust Group ("Platform Media Sosial") untuk anda. Tujuan utama Platform Media Social adalah untuk memudahkan dan membenarkan anda berkongsi kandungan. Walaubagaimanapun, kami tidak bertanggungjawab jika anda berkongsi maklumat peribadi anda di Platform Media Sosial yang digunakan kemudian, disalahgunakan atau sebaliknya diperuntukan oleh pengguna yang lain.


Kensington Trust Group juga meyediakan pautan kepada Platform Media Sosial yang dikekalkan dalam server berasingan oleh individu-individu atau organisasi-organisasi di luar kawalan kami. Kami tidak mewakili atau memberi waranti berkenaan ketepatan atau aspek lain bagi maklumat yang terletak dalam server yang sedemikian.

Sesuatu pautan ke laman web parti ketiga tidak patut ditafsirkan sebagai pengesahan daripada sama ada Kensington Trust Group atau parti ketiga yang lain atau produk dan perkhidmatannya. Kami tidak mewakili atau memberi waranti terhadap cara atau penggunaan data pengguna atas server-server parti ketiga. Kami mengesyorkan anda supaya mengkaji dasar privasi atas setiap pautan laman web parti ketiga melalui laman web kami bagi menentukan penggunaan maklumat peribadi anda oleh mereka.


Akses dan Pembetulan
Anda boleh menghubungi kami secara bertulis dengan menggunakan maklumat-maklumat hubungan kami dibawah untuk permintaan untuk mengakses maklumat peribadi anda yang disimpan oleh kami, permintaan untuk mengakses maklumat peribadi anda yang disimpan oleh kami untuk pembetulan/ kemas kini dan/atau menarik balik kebenaran untuk pemprosesan/penggunaan maklumat peribadi anda oleh kami. Sekiranya anda ingin mengehadkan kami dalam pemprosesan maklumat peribadi anda, sila hubungi kami dengan maklumat-maklumat hubungan dibawah. Jika anda tidak ingin menerima kemas kini yang selanjutnya daripada kami, anda boleh berhenti langgan bila-bila masa.

Anda menpunyai hak untuk menentukan informasi anda yang ingin diberi. Tetapi, mungkin terdapat keadaan-keadaan di mana anda diwajibkan untuk memberi maklumat peribadi anda yang tertentu. Kegagalan atau keengganan untuk memberi maklumat peribadi anda yang tertentu atau ingin mengehadkan pemprosesan maklumat peribadi anda mungkin akan mengakibatan kami tidak mampu memberikan perkhidmatan yang dikehendaki oleh anda atau organisasi anda atau melaksanakan tujuan-tujuan di atas. Sementara itu, setakat mana kami dapat mematuhi permintaan anda tanpa menjejaskan hak dan obligasi berhubung dengan urus niaga bersama, bergantung kepada peringkat urus niaga tersebut. Jika hak atau obligasi akan mempunyai kesan, kami tidak akan mampu untuk menghentikan pemprosesan data peribadi anda.


Pengekalan
Kensington Trust Group akan menyimpan data peribadi anda bagi tempoh masa berpatutan untuk menjalankan tujuan yang mana data peribadi anda dikumpulkan dan juga untuk tujuan lain yang dinyatakan dalam Dasar ini, termasuk untuk mengendalikan pertanyaan, audit, aduan atau prosiding undang-undang dan tujuan pemasaran. Kami juga akan mematuhi peraturan undang-undang, cukai dan keperluan / garis panduan pihak berkuasa dan industri untuk menyimpan rekod termasuk pengekalan polisi rekod.


Kebenaran
Sekiranya anda adalah firma, perkongsian, kerjasama, tanpa perbadanan, korporat atau lain-lain badan korporat, pemberian Notis ini beralamat kepada firma, perkongsian, kerjasama, tanpa perbadanan, korporat atau lain-lain badan korporat tertentu akan dianggap sebagai pemberian notis kepada kesemua rakan-rakan perkongsian, pengarah, pemegang jawatan, pemegang saham dan/atau pekerja, menurut keadaan sedemikian, dimana data telah diperolehi dan/atau diproses oleh kami bagi tujuan-tujuan di atas. Dengan ini, anda berjanji bahawa anda telah memperolehi kebenaran dari semua inividu-individu sedemikian bagi pemberian maklumat peribadi mereka kepada kami bagi tujuan-tujuan di atas dan untuk pendedahan kepada pihak-pihak tertentu yang dinyatakan di atas dan anda berjanji untuk memberitahu kesemua individu-individu tersebut, (ekspresi termasuk kesemua, kini dan baru, rakan-rakan perkongsian, pengarah, pemegang jawatan, pemegang saham dan/atau pekerja, menurut keadaan sedemikian, dari masa ke semasa) berkenaan Polisi ini.

Polisi ini tidak berkaitan dengan penggunaan, pemprosesan dan pendedahan maklumat peribadi lain-lain individu yang bukan pelanggan kami tetapi di mana maklumat peribadi dikehendaki di kumpul oleh kami bagi tujuan-tujuan atau berhubung kepada perberian perkhidmatan dan penyelesaian oleh kami kepada pelanggan-pelanggan kami, sama ada pelanggan berkenan adalah individu, syarikat, entity perniagaan atau organasasi. Dengan ini, anda mengesah dan menjanji bahawa anda telah memperolehi kebenaran individu-individu tersebut bagi pemberian maklumat peribadi mereka kepada kami bagi tujuan-tujuan di atas dan untuk pendedahan kepada pihak-pihak tertentu yang dinyatakan di atas dan anda berjanji untuk memberitahu kesemua individu-individu tersebut berkenaan Polisi ini.

Dengan pemberian maklumat peribadi anda kepada kami dan/atau berterusan menggunakan perkhidmatan kami, anda dianggap bersetuju dengan penyata-penyata dan terma Polisi ini dan pengumpulan, penggunaan, pengaksesan, pendedahan, penyimpanan dan pemprosesan maklumat peribadi yang diperihalkan dalam Polisi ini.

Perubahan terhadap Dasar kami
Kensington Trust Group akan membuat perubahan atau mengemaskini Dasar ini dari masa ke semasa. Sila semak Laman Web ini dari masa ke semasa untuk memperolehi maklumat terbaru mengenai amalan privasi kami. Kami akan memaparkan tarikh kuat kuasa Dasar di bawah mukasurat ini.


Pertanyaan atau Komen
Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan, rungutan atau bimbang mengenai privasi anda atau memerlukan bantuan dalam mengakses, pembetulan atau kemas kini maklumat peribadi anda, sila hubungi:

Ms Emily Liew
Kensington Gardens,
No. U1317, Lot 7616,
Jalan Jumidar Buyong,
87000 Labuan F.T.,
Malaysia

Tel: +60(87) 411 929
email: info@kensington-trust.com


Kensington Trust Group
10 Februari 2014


IMPORTANT: By providing your personal data to us and/or continuing to use our services, you are deemed to consent to the statements and terms in this Policy and the collection, use, access, disclosure, storage and processing of personal data as described in this Policy.